Bukan ape. cuma mahu menggambarkan hubungan Indonesia dan Malaysia. baru sahaja Ikiey bertanyakan khabar kawan2 di Indonesia. risau juga berikutan isu Sweeping Malaysia ini. kalau sweeping guna penyapu maybe boleh la tahan, tapi ini guna buluh runcing. bimbang. amatlah bimbang. RUNCING. perkataan yang memang dah lama tak dengar. mungkin perkataan Melayu kuno. tapi rasanya tidak. kuno-kuno jangan disebut takut la ada negara lain nak tuntut perkataan tu plak.
okay maybe Ikiey kureng sket bab2 sejarah ni. Mmg la sejarah SPM senang tapi takde la plak tanya pasal tarian Pendet itu. dah banyak isu Malaysia dgn Indonesia actually, tapi baru2 ni tataw la diorang period ke PMS ape sebab tiba2 meletup pasal tarian Pendet ni. ada la tu mana2 parasit yang menghasut. Ikiey pun tataw la tarian Pendet ni dari mana, tak penah dengar pon before ni, yela kan, i ni mana taw cultural dance ni, taw tango, tecktonik, broadway je. [carila tecktonik dance kat youtube, best!] yang Ikiey peliknya kenapa tiba2 orang Indonesia [bukan semua, maybe yang buta IT dan buta huruf je] tiba2 mendakwa Malaysia merampas tarian Pendet tu dari diorang. Malaysia ni pon senyap je. dorang makin la berani. maybe la Malaysia senyap sebab taknak kecoh2. tapi kan dah heboh kecoh skarang. FBI, CIA, INTERPOL semua dah taw. [ceh tu tipu je ok]. tapi Ikiey rasa Malaysia senyap pon sebab mereka tataw sgt pasal ni. yelah, video tu kan bukan malaysia yang produce, tapi orang2 Discovery Channel yang ada skali kalau kite gune astro kat rumah sekali dgn channel AXN, Cartoon Network, Disney Channel, Hallmark, astro RIA pastu leh tgk '
Minah Lepat Tipah Lodeh Berpuasa' seperti yang Astro siarkan. Ya! Saya kunci lirik itu '
Minah Lepat Tipah Lodeh Berpuasa'. 5 tapak kosong nampaknye.
berbalik tarian Pendet tu, kalau kite cakap pasal budaya dan tradisi, ia berkaitan dengan sejarah. sejarah dikaitkan dengan peristiwa yang sudah lepas, yang berlaku beribu2 berjuta2 tahun dahulu. kalau begitu, ketika itu kita digelar Kepulauan Melayu. Alam Melayu . Parameswara dan Para-para Sakura dan yang sama waktu dengannya. Selepas itu barulah kita berpisah sesama kita macam Lindsay Lohan dgn Sean Kingston [korang tataw cerita ni kan!]. dan sekarang diorang nak menuntut budaya diorang. tapi kan kita bangsa serumpun. bukankah itu hak milik kita bersama.dulu kan pihak penjajah yang buat semua ni. Salahkan la British, Salahkan la Perancis. kenapa tak salahkan mereka? sebab dorang tu kuat, takut la kan? Malaysia ni kecik je bagi diorang, sebab tu nk salahkan Malaysia. ok kalau betul pon itu diorang punya, ambil lah, tayah gune buluh runcing, gune buluh lemang lagi baik, tak bahaya bleh makan lemang nanti. tak gitew? Malaysia senyap maybe Malaysia pon still confuse sebab setahu Ikiey la tarian Pendet ni takde pon di komersialkan di Malaysia. salahkan Ikiey jika Ikiey miskin budaya tapi setahu Ikiey la. mane tahu tarian tu di Malaysia ada nama lain ke. kalau Malaysia pon nak tarian Pendet tu, tayah la kasik same dgn Indonesia punye, ubah2 la sket, creative inovatice katenye. Corrie ada, Linda Jasmine ada, pemenang Sehati Berdansa pun ada, ubah2 la sket kita buat la budaya baru. tak pon kasik name baru. tarian Siadet ke?[malaySIA] takkan sebab tu nanti nak gaduh. sebab yang terima kesannya orang Malaysia kat Indonesia gak.
orang Indonesia ni pon tak fikir panjang. katakan la mereka betul2 sweeping malaysian out of Indonesia. takkan takleh fikir beribu2 rakyat diorang kat Malaysia ni. dok kerja situ sini. perlu ke Konfrontasi Sapu Malaysia ni? ramai orang Indon kerja tukang SAPU kat Malaysia sebab nak cari duit kasik kat family dorang kat Indonesia. tu pon rasenya Malaysia dah baik dah siap buat pengampunan ramai2 kat Pendatang Tanpa Izin beberapa tahun yang lepas. kan kasik balik baik2. okay nak cakap pasal penderaan orang gaji oleh majikan. Malaysia baik sebab dah bawak kes tu ke mahkamah selesai secara adil. tak ingat la name ape, memang ramai tak dinafikan, tapi bukan ke semua tu diorang dah dapat balasan diorang. kenapa tak cukup? kat youtube, berlambak2 video orang gaji Indonesia tendang anak majikan budak2 kecik. tu lagi menyayat hati. tak caya carilah sendiri memang ada. budak kecik tak sampai 4 tahun kene pijak kene sepak. tu ke yang dimaksudkan Malaysia tak adil. banyak je kes majikan kene rompak. tu tak kira ke? lagi mahu ganyang sama Malaysia? siapa yang tak adil sekarang?
Kat Malaysia kalau ade je kontroversi sebab bangkitkan isu perkauman, timbulkan rasa2 tak selamat , konpem paper atau tv tu kene saman. tak pon dorang mintak maaf beberapa hari selepas itu. tapi tak dengar la plak media massa yang sengaja memburuk2 kan sesebuah negara ibarat mencurah alcohol ke dalam api supaya api terus marah seperti adegan dalam cerita Big Fat Liar. [tengok balik cite tu]. tapi laen cerita di Indonesia, media massa senang2 je buat camtu dgn alasan kebebasan media seolah2 kerajaan Indonesia takde kuasa secara langsung terhadap media massa. tapi pape pon, tolong lah reda yer. sebab Ikiey nak pegi melancong ke Jakarta tapi kene tunggu la dulu takut buluh runcing itu merosakkan hasil SK-II Ikiey. kalau calar muke sape nak tanggung?
Kris Dayanti dah jadi janda, berpisah dengan Anang, korang nak tengok ke Kris Dayanti gaduh dengan Siti Nurhaliza sebab hal ni, dorang kan kawan baik, tapi sebab ni nanti dorang gaduh [sound so stupid kan]. pastu nak ke tengok Ashraf dgn Bunga berpisah? ye la sebab Bunga Citra Lestari dah tukar jadi Bunga Tahi Ayam.pastu AirAsia cancel semua flight ke Indonesia, nak ke? enggak bisa dong!
~XOXO~