saya tahu Dato' Ghani tak akan pernah terdetik mahu membuka blog saya. siapalah saya. hanyalah sebiji kiwi yang masam rasanya. patutkah saya mengubah nama saya kepada buah lain pula, Dato' ? Cherry kedengaran agak manja dan sedikit manis.
Dato' , setelah Dato' meninggalkan Kekiwi disini, Kekiwi merasakan cukup kehilangan. seperti kehilangan duit dari bank Vijaya secara tiba2 tanpa mampu dikesan kembali. Sudah tiada lagi orang yang mahu membelikan Kekiwi Gardenia Butterscotch dan Coklat Kismis tanpa meminta bayaran. maafkan Kekiwi kerana Kekiwi sering kali meminta bantuan Dato' untuk menyeludup roti Gardenia tersebut sehinggakan melebihi had maksimum bagasi Dato'.
Kemesraan Dato' Ghani dengan Kekiwi membuatkan hidup Kekiwi di sini penuh sinar kebahagiaan. Ya Dato', Kekiwi cintakan Dato' sepenuh hati Kekiwi. setiap kali Kekiwi mendapat khabar yang Dato' mahu berkunjung, hati Kekiwi seperti bunga ros yang mekar di Lalbagh Garden, seperti orkid yang segar di JP Park, mahu saja Kekiwi menjemput Dato' di lapangan terbang tapi Mr Chandru selalu berebut dengan Kekiwi. disebabkan Mr Chandru tinggi lampai orangnya, Kekiwi haruslah mengalah.
Ketiadaan Dato' Ghani disini ibarat Bashir tanpa Tata Tea, terasa kurang sempurna, kurang lengkap. sifat Dato' Ghani yang merendah diri membuatkan perasaan kagum dan hormat itu muncul dengan sendirinya dalam diri Kekiwi. betullah orang cakap, "if u want people to respect u, u must respect people first". meskipun Kekiwi hanyalah insan biasa yang dahulunya gemuk tapi sekarang sudah kurus hilang 20kg, tetapi Dato' Ghani melayan Kekiwi seperti Kekiwi anak Dato' Ghani sendiri.
sampai di sini sahajalah. jaga diri Dato' Ghani. sila rahsiakan hubungan kita daripada pengetahuan isteri Dato'.
selamat malam dari Kekiwi si budak hitam manis.


4 bibir merah:
erk?
hahaha Dato' Ghani tu my ex-dean la :)
La,,ingatkan sapa la Dato' Ghani tuh
hahahaha sugardaddy laaa !
Post a Comment