Wednesday, May 18, 2011

Kiwikiwi : 6 (Bonggol di jalanan)

semalam aku pinjamkan sejumlah wang kepada teman aku di Malaysia. tidak perlulah aku perihalkan jumlah tersebut. nanti ada mulut-mulut air liur basi cakap aku berlagak. mulut orang, takleh nak katop. kalau dah boleh jahit, aku sendiri sukarela nak jahit mulut mereka siap beaded manik-manik lagi. sebab bende busuk, biarlah kasik cantik sikit. cam iklan Colgate, gigi putih gosok saban hari pon masih ada bakteria.

Alan kawanku, bukan nama sebenar, berkongsi cerita. Ayah dia tergelincir dalam tandas. Unconscious. orang berumur, with h/o hypertension and stroke, bertambah bimbang si Alan. dan Alan sedang mengumpul wang untuk beli tiket balik. aku terpaksa libatkan ibu dan makcik aku sebab simcard aku hilang, jadi tak boleh buat online transfer. my aunt busy dengan Teacher's Day celebration. jadi aku minta tolong my mum. tanpa banyak soal my mum drive ke Kota Bharu bank-in sejumlah wang ke akaun si Alan.

aku bukan nak berbangga aku tolong orang. jauh sekali mahu berlagak2 dengan kebaikan. cuma, aku pernah berada pada situasi itu. aku masih di asrama. masih mentah. masih bergetah. kemudian aku dimaklumkan nenek aku jatuh dalam tandas. aku dengan nenek aku amat rapat. sehingga sekarang. sehingga umur aku sekarang 22 tahun. cucu mana tak rapat dengan nenek. cucur badak je tak.

lagi menyedihkan nenek aku tiba-tiba suffering from temporary memory loss. she didnt even remember me. and she can barely remember others. tapi syukur Alhamdulillah, nenek aku kembali pulih. dan masih bernafas sehingga sekarang. but what happen to my friend, kalau boleh aku tanak dia alami peristiwa yang sama. what if dia tak sempat lihat ayah dia for the last time ?

aku belajar di India. anything can happen within a second. temanku, yang perempuan, kehilangan bapa ketika masih pada tahun pertama perubatan. jenazah seharusnya tidak boleh disimpan lama-lama, jadi temanku tidak sempat melihat wajah ayahnya buat kali terakhir. aku bukan mahu memberikan gambaran yang teruk, ataupun membayangkan sesuatu yang buruk, tapi suatu hari nanti, kita akan melalui semua ini, dengan perjalanan hidup yang berbeza. hirarki perjalanan setiap orang berlainan. masa depan, masih lagi bingung, keliru.

kisah Alan, aku bersyukur ayah dia stabil. still breathing. but, what if, dia tak sempat ? being the oldest means lot to handle, and as a friend, aku cuma mampu membantu, dari jauh. ini adalah peringatan untuk semua, dan diri aku sendiri. kerana, aku sendiri yakin, aku tak akan mampu berdepan dengan dugaan sebesar itu.

1 bibir merah:

Inche Vampire said...

dugaan dalam hidup. macam2 ada..