Sukacita dimaklumkan 'proposal' Elaun Tambahan ini kepada pelajar2 IMS di Bangalore sahaja. pelajar IMS kat Shah Alam dikecualikan. [okay racist] :D
motif sangat panggil proposal.
ada 2 Elaun tambahan yang MARA harus beri kepada kami. [mati lah kalau MARA bace]
pertama Elaun Perfume. seperti yang kita semua sedia maklum, bau di Bangalore ini busuk ye. jadi untuk mengelakkan bau ini merebak ke Malaysia apabila kami semua pulang nanti, Elaun Perfume ini perlu lah ade. ini adalah seperti vaccination. perlu di beri setiap bulan supaya immune level tu sentiasa tinggi :D prevention is better than cure :D

kedua Elaun Formal Attire. disebabkan Elaun Pakaian awal2 dahulu sudah kami beli baju2 sejuk dan sweater2 kerana kami feeling2 Bangalore ini sejuk seperti Russia, kami perlukan Elaun Formal Attire kerana pemakaian formal baru sahaja dikuatkuasakan. kami juga tidak banyak kemeja.
Elaun Formal Attire ini khas untuk lelaki sahaja, sebab lelaki banyak tee-shirt round collar je. crossdresser tidak layak. perempuan pon tak boleh sebab perempuan dah banyak baju kurung. nak beli dress ke tak payah tu bukan formal attire. takkan la lelaki2 ni semua nak pakai baju kurung kan ? kalau tak dapat elaun ni kami akan mogok dengan memakai sarees sebagai pakaian formal kami.
aku sebagai contohnye, hanya mempunyai 3 baju kemeja dan satu tali leher. kemeja hitam, pink dan maroon dan satu tali leher hijau. cuba bayangkan tali leher tersebut di pakai dengan baju2 tersebut. warna tak matching ye hadek2. macam mane kalau ade fashion police datang terjah IMS ? tak ke malu imej aku dan IMS ?
okay tu jelah for now. jika ada apa2 cadangan sila maklumkan kepada badan berwajib seperti IMSA [student council IMS]
*gurau2 je eh MARA, bosan malam2 ni, sayang MARA*
p/s : gambar perfume kecik je, gambar model yang besar. nak model dia lah.


2 bibir merah:
kau nak model yg mna satu? yg memeluk ke yg dipeluk? *soklan cepu cemas*
haruslah yang memeluk. eh eh yang dipeluk. eh eh dua2 lah. eh eh nak kau lah. :D
Post a Comment